Thursday 17 May 2012

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KRK 2012






PENASIHAT
(PENGETUA)
PUAN NORLILAH BINTI ISMAIL




PENGERUSI
(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)
EN. KAMARUDDIN BIN MD NOOR



 


PENYELARAS KRK
PUAN NURSUHANI BINTI AHMAD


GURU 1A, 2A, 3A
GURU SUBJEK









 



Monday 7 May 2012

MAJLIS PENETAPAN AZAM 2012


Tanggal 30 Januari 2012, Program Penetapan Azam bagi pelajar PMR dan SPM telah berlangsung di Dataran SEMINDA. Objektif program ini adalah bagi menanamkan azam dan keyakinan dalam diri pelajar bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan . Pelajar-pelajar telah menandatangani  borang akur janji dan berikrar untukberusaha bersungguh-sungguh bagi menggenggam kejayaan. Pelajar  KRK 3 Arif telah turut sama dalam majlis ini.


SEJARAH KELAS RANCANGAN KHAS SEMINDA




            Kelas Rancangan Khas SMK Bukit Indah (SEMINDA) telah ditubuhkan pada tahun 2010. Seramai 40 orang pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2009 telah terpilih untuk mengikuti kelas ini.Guru tingkatan yang bertanggungjawab memantau kelas ini ialah Puan Siti wahida Bt Mukhtar.

            Kelas Rancangan Khas ini ditubuhkan bertujuan bagi memberikan peluang kepada pelajar cemerlang UPSR untuk merasai suasana dan kawalan pembelajaran yang mirip kepada sekolah berasrama penuh. Oleh itu, pelajar berpeluang untuk memantapkan kecemerlangan diri dalam bidang akedemik, ko-kurikulum dan sahsiah.

            Pada tahun 2011, KRK telah mempunyai dua kelas iaitu Tingkatan 2 arif seramai 36 orang dan 1 Arif seramai 26 orang. Pada tahun ini pula jumlah pelajar KRK ialah 89 orang, yang terdiri daripada Tingkatan 3 Arif( 36 orang), 2 Arif ( 26 orang) dan 1 Arif ( 27 orang).






OBJEKTIF KELAS RANCANGAN KHAS SEMINDA

Ø  Membentuk pelajar cemerlang dan berketrampilan dalam segenap aspek agar mampu menangani cabaran era kini.

Ø  Meningkatkan kecemerlangan prestasi untuk mendapat keputusan Straight A’s dalam peperiksaan

Ø  Melahirkan pelajar yang aktif dan berketrampilan dalam aktiviti ko-kurikulum.




MISI SEMINDA
Membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti

VISI SEMINDA
Sekolah unggul menjana generasi terbilang menjelang 2015.

MISI KRK SEMINDA
Meningkatkan perkembangan individu merangkumi aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani.

VISI KRK SEMINDA
Pelajar berketrampilan menjana generasi terbilang menjelang 2015.