Sempena Minggu Alam Sekitar, Kelas 1 Arif telah mengadakan satu projek menghijaukan bumi di mana mereka telah menanam pokok di sekitar kawasan sekolah. Projek ini bukan sahaja dapat memupuk kesedaran cintakan alam sekitar malahan telah dapat menyemai rasa tanggungjawab dalam diri setiap pelajar. Pelajar bukan sahaja ditugaskan untuk menanam pokok-pokok ini malahan mereka juga bertanggungjawab ubntuk memastikan pokok-pokok ini hidup subur dan terhindar dari serangan penyakit dan serangga.Guru geografi 1 Arif, Cik Ema Rozaini berperanan sebagai mentor dalam projek ini dan memastikan semua pelajar menjalankan tanggungjawab mereka...GO GREEN SEMINDA..
KELAS RANCANGAN KHAS, SMK BUKIT INDAH, TAMAN BUKIT INDAH, 68000 AMPANG, SELANGOR. E-MEL : krkseminda@gmail.com
Tuesday 11 December 2012
KURSUS JATI DIRI & MOTIVASI 2012
Kursus Jati Diri & Motivasi KRK 2012 telah diadakan pada 8 September 2012 bertempat di Hutan Lipur Sungai Congkak. Kursus ini telah disertai oleh 73 orang pelajar KRK dan KAA. Program ini diadakan dengan kerjasama SMK Bukit Indah dan Awana Unggul Management & Motivation. Objektif program ini adalah bagi memupuk keyakinan diri dalam diri pelajar, meningkatkat motivasi dan melahirkan pelajar yang berketrampilan dari segi sahsiah dan intelektual. antara program yang dijalankan adalah sesi ceramah, brainstorming, solat jemaah dan latihan dalam kumpulan. Walaubagaimanapun, aktiviti fizikal tidak dapat diajalankan disebabkan oleh cuaca yang hujan sepanjang hari. Program ini tamat pada jam 5.30 petang
Thursday 2 August 2012
SOLAT HAJAT
Sempena peperiksaan Percubaan PMR, majlis solat hajat telah diadakan pada 31 Julai 2012 di surau -An Nur. Semua pelajar yang beragama Islam digalakkan menyertai solat hajat ini.
Pada peperiksaan pertengahan tahun yang lepas juga, satu majlis
Solat Hajat telah diadakan di Surau An- Nur SEMINDA, bermula jam 2.00 petang.
Solat hajat bagi pelajar lelaki diadakan pada 7 Mei 2012 manakala bagi pelajar
perempuan pula pada 8 Mei 2012. Semua pelajar KRK yang beragama Islam
digalakkan hadir ke majlis solat hajat ini.
Semoga
segala ilmu yang dipelajari dan usaha yang digemblengkan mendapat keberkatan
daripada ALLAH s.w.t. Ingatlah…pepatah Arab menyatakan …….ILMU TANPA AMAL
IBARAT POHON TANPA BUAH. Panjatkanlah doa
kepada-nya agar mendapat kecemerlangan di dunia dan di akhirat.
PROGRAM STRAIGHT A'S - UNTUKMU IBU BAPA TERSAYANG
Pada 21 April 2012, Sabtu, satu program motivasi
telah diadakan bagi pelajar Tingkatan 3 dan 5 iaitu PROGRAM STRAIGHT A’S –
UNTUKMU IBU BAPA TERSAYANG. Program ini turut melibatkan pelajar KRK 3 Arif. Program
ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar serta ibu bapa dalam
meningkatkan usaha bagi mencapai kecemerlangan dalam pepriksaan. Ceramah
motivasi telah disampaikan oleh En. Khamsani Bin Kassim, iaitu Penolong
Pengarah Kanan, Unit Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Negeri
Selangor. Selepas sesi ceramah, ibu bapa berpeluang berbincang dengan guru-guru
tingkatan bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak mereka dalam ujian
satu yang telah dilaksanakan Mac lepas.
MINGGU AKEDEMIK
Sempena Minggu Akedemik yang berlangsung pada 23
hingga 27 April 2012, pelajar –pelajar
KRK Tingkatan 3 Arif , 2 Arif dan 1 Arif telah berpeluang menonjolkan
bakat dan kreativiti mereka. Pelbagai acara telah dipersembah dan dipertandingkan
seperti demostrasi sains, pertandingan
menulis esei, kuiz dan sebagainya.
Antara pertandingan yang telah dimenangi oleh pelajar KRK ialah :
KUIZ GEOGRAFI
Tempat
pertama : Cheryl Tan (3A)
Tempat
kedua : Loh Xue Yen (3A)
Tempat
ketiga : Nur Izzaty (3A)
MELUKIS POSTER
Tempat
pertama : Kooi Huang Xiu
(2A)
Tempat
ketiga : Puteri Balqis (1A)
ESEI BAHASA CINA
Tempat
ketiga : Tam Yong
Wei (2A)
BUKU SKRAP
Megat (1A)
Legawathy
(1A)
Aleesya
Nur (1A)
TREASURE HUNT
Mohd Adi
Hassan (2A)
Sundramuthy
(2A)
Wan
Zharif (2A)
SEKITAR MAJLIS.........
BARISAN PENTADBIR |
PERSEMBAHAN PANTUN |
PENGETUA MERASMIKAN MAJLIS |
PERASMIAN MAJLIS MELALUI EKSPERIMEN SAINS OLEH PELAJAR 3 ARIF |
PELAJAR 3 ARIF MEMBUAT DEMOSTRASI EKSPERIMEN |
EKSPERIMEN DIJALANKAN |
PENGETUA, PUAN NORLILAH TURUT MENGAMBIL BAHAGIAN |
PEMENANG KUIZ GEOGRAFI, LOH, IZZATY DAN CHERYL (3A) |
PEMENANG TREASURE HUNT, SUNDRAMURTY, AMIRAH, AMIRA DAN HANA (2A) |
SEBAHAGIAN PELAJAR 2A BERSAMA HADIAH YANG DIMENANGI |
PEMENANG MENULIS ESEI, TAM DAN MELUKIS POSTER, KOOI |
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN & KOKURIKULUM
HARI ANUGERAH
KECEMERLANGAN SEMINDA TELAH DIADAKAN
PADA 22 APRIL 2012. MAJLIS TELAH DIRASMIKAN OLEH TUAN HAJI SHEIKH ARZIMAN B
SHEIKH ALI, PENYELARAS DEWAN UNDANGAN NEGERI, LEMBAH JAYA. PELAJAR YANG TELAH
MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PEPRIKSAAN AKHIR TAHUN, PMR DAN SPM 2011 TELAH
MENERIMA SIJIL DAN HADIAH-HADIAH MASING-MASING.
PADA HARI TERSEBUT
JUGA TELAH DIADAKAN HARI KO-KURIKULUM . PELBAGAI AKTIVITI KO-KURIKULUM
DIJALANKAN SEPERTI JUALAN GERAI, PERMAINAN , TREASURE HUNT DAN SEBAGAINYA.
SEBAHAGIAN BESAR PELAJAR KRK TELAH TERLIBAT SECARA AKTIF DALAM
AKTIVITI-AKTIVITI INI.UCAPAN ALU-ALUAN OLEH PENGETUA, PUAN NORLILAH |
UCAPAN PERASMIAN OLEH TUAN HAJI SHEIKH ARZIMAN |
SEBAHAGIAN PELAJAR 3 ARIF BERSAMA ANUGERAH MASING-MASING |
PERTUNJUKAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI |
REGU PING PONG 3 ARIF, DANIAL DAN MIKHAIL |
Thursday 17 May 2012
Monday 7 May 2012
MAJLIS PENETAPAN AZAM 2012
Tanggal
30 Januari 2012, Program Penetapan Azam bagi pelajar PMR dan SPM telah
berlangsung di Dataran SEMINDA. Objektif program ini adalah bagi menanamkan
azam dan keyakinan dalam diri pelajar bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan
. Pelajar-pelajar telah menandatangani
borang akur janji dan berikrar untukberusaha bersungguh-sungguh bagi
menggenggam kejayaan. Pelajar KRK 3 Arif
telah turut sama dalam majlis ini.
SEJARAH KELAS RANCANGAN KHAS SEMINDA
Kelas Rancangan Khas SMK Bukit Indah (SEMINDA) telah
ditubuhkan pada tahun 2010. Seramai 40 orang pelajar yang telah mendapat
keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2009 telah terpilih untuk mengikuti
kelas ini.Guru tingkatan yang bertanggungjawab memantau kelas ini ialah Puan
Siti wahida Bt Mukhtar.
Kelas Rancangan Khas ini ditubuhkan bertujuan bagi
memberikan peluang kepada pelajar cemerlang UPSR untuk merasai suasana dan
kawalan pembelajaran yang mirip kepada sekolah berasrama penuh. Oleh itu,
pelajar berpeluang untuk memantapkan kecemerlangan diri dalam bidang akedemik,
ko-kurikulum dan sahsiah.
Pada tahun 2011, KRK telah mempunyai dua kelas iaitu
Tingkatan 2 arif seramai 36 orang dan 1 Arif seramai 26 orang. Pada tahun ini
pula jumlah pelajar KRK ialah 89 orang, yang terdiri daripada Tingkatan 3 Arif(
36 orang), 2 Arif ( 26 orang) dan 1 Arif ( 27 orang).
OBJEKTIF KELAS RANCANGAN KHAS SEMINDA
Ø
Membentuk pelajar cemerlang dan berketrampilan dalam segenap
aspek agar mampu menangani cabaran era kini.
Ø
Meningkatkan kecemerlangan prestasi untuk mendapat keputusan
Straight A’s dalam peperiksaan
Ø
Melahirkan pelajar yang aktif dan berketrampilan dalam aktiviti
ko-kurikulum.
MISI SEMINDA
Membangunkan potensi
individu melalui pendidikan berkualiti
VISI SEMINDA
Sekolah unggul menjana generasi
terbilang menjelang 2015.
MISI KRK SEMINDA
Meningkatkan perkembangan
individu merangkumi aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani.
VISI KRK SEMINDA
Pelajar berketrampilan
menjana generasi terbilang menjelang 2015.
Subscribe to:
Posts (Atom)