Tuesday 11 December 2012

PROJEK ALAM SEKITAR

Sempena Minggu Alam Sekitar, Kelas 1 Arif telah mengadakan satu projek menghijaukan bumi di mana mereka telah menanam pokok di sekitar kawasan sekolah. Projek ini bukan sahaja dapat memupuk kesedaran cintakan alam sekitar malahan telah dapat menyemai rasa tanggungjawab dalam diri setiap pelajar. Pelajar bukan sahaja ditugaskan untuk menanam pokok-pokok ini malahan mereka juga bertanggungjawab ubntuk memastikan pokok-pokok ini hidup subur dan terhindar dari serangan penyakit dan serangga.Guru geografi 1 Arif, Cik Ema Rozaini berperanan sebagai mentor dalam projek ini dan memastikan semua pelajar menjalankan tanggungjawab mereka...GO GREEN SEMINDA..


KURSUS JATI DIRI & MOTIVASI 2012

Kursus Jati Diri & Motivasi KRK 2012 telah diadakan pada 8 September 2012 bertempat di Hutan Lipur Sungai Congkak. Kursus ini telah disertai oleh 73 orang pelajar KRK dan KAA. Program ini diadakan dengan kerjasama SMK Bukit Indah dan Awana Unggul Management & Motivation. Objektif program ini adalah bagi memupuk keyakinan diri dalam diri pelajar, meningkatkat motivasi dan melahirkan pelajar yang berketrampilan dari segi sahsiah dan intelektual. antara program yang dijalankan adalah sesi ceramah, brainstorming, solat jemaah dan latihan dalam kumpulan. Walaubagaimanapun, aktiviti fizikal tidak dapat diajalankan disebabkan oleh cuaca yang hujan sepanjang hari.  Program ini tamat pada jam 5.30 petang











Thursday 2 August 2012

SOLAT HAJAT


Sempena peperiksaan Percubaan PMR, majlis solat hajat telah diadakan pada 31 Julai 2012 di surau -An Nur. Semua pelajar yang beragama Islam digalakkan menyertai solat hajat ini.
Pada peperiksaan pertengahan tahun yang  lepas juga, satu majlis Solat Hajat telah  diadakan di Surau An- Nur SEMINDA, bermula jam 2.00 petang. Solat hajat bagi pelajar lelaki diadakan pada 7 Mei 2012 manakala bagi pelajar perempuan pula pada 8 Mei 2012. Semua pelajar KRK yang beragama Islam digalakkan hadir ke majlis solat hajat ini.
Semoga segala ilmu yang dipelajari dan usaha yang digemblengkan mendapat keberkatan daripada ALLAH s.w.t. Ingatlah…pepatah Arab menyatakan …….ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON TANPA BUAH.  Panjatkanlah doa kepada-nya agar mendapat kecemerlangan di dunia dan di akhirat. 

PROGRAM STRAIGHT A'S - UNTUKMU IBU BAPA TERSAYANG


Pada 21 April 2012, Sabtu, satu program motivasi telah diadakan bagi pelajar Tingkatan 3 dan 5 iaitu PROGRAM STRAIGHT A’S – UNTUKMU IBU BAPA TERSAYANG. Program ini turut melibatkan pelajar KRK 3 Arif. Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar serta ibu bapa dalam meningkatkan usaha bagi mencapai kecemerlangan dalam pepriksaan. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh En. Khamsani Bin Kassim, iaitu Penolong Pengarah Kanan, Unit Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Negeri Selangor. Selepas sesi ceramah, ibu bapa berpeluang berbincang dengan guru-guru tingkatan bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak mereka dalam ujian satu yang telah dilaksanakan Mac lepas.


MINGGU AKEDEMIK


Sempena  Minggu Akedemik yang berlangsung pada 23 hingga 27 April 2012, pelajar –pelajar  KRK Tingkatan 3 Arif , 2 Arif dan 1 Arif telah berpeluang menonjolkan bakat dan kreativiti mereka. Pelbagai acara telah dipersembah dan dipertandingkan seperti demostrasi  sains, pertandingan menulis esei, kuiz dan sebagainya.  Antara pertandingan yang telah dimenangi oleh pelajar KRK ialah :

KUIZ GEOGRAFI
Tempat pertama                    : Cheryl Tan (3A)
Tempat kedua                       : Loh Xue Yen (3A)
Tempat ketiga                       : Nur Izzaty    (3A)

MELUKIS POSTER
Tempat pertama                    : Kooi Huang Xiu  (2A)
Tempat ketiga                       : Puteri Balqis (1A)

ESEI BAHASA CINA
Tempat ketiga                       : Tam Yong Wei (2A)

BUKU SKRAP
Megat (1A)
Legawathy (1A)
Aleesya Nur (1A)

TREASURE HUNT
Mohd Adi Hassan (2A)
Sundramuthy (2A)
Wan Zharif (2A)
  
SEKITAR MAJLIS.........

BARISAN PENTADBIR
PERSEMBAHAN PANTUN
 PENGETUA MERASMIKAN MAJLIS
PERASMIAN MAJLIS MELALUI EKSPERIMEN SAINS OLEH PELAJAR 3 ARIF
PELAJAR 3 ARIF MEMBUAT DEMOSTRASI EKSPERIMEN
EKSPERIMEN DIJALANKAN
PENGETUA, PUAN NORLILAH TURUT MENGAMBIL BAHAGIAN
PEMENANG KUIZ GEOGRAFI, LOH, IZZATY DAN CHERYL (3A)
PEMENANG TREASURE HUNT, SUNDRAMURTY, AMIRAH, AMIRA DAN HANA (2A)
SEBAHAGIAN PELAJAR 2A BERSAMA HADIAH YANG DIMENANGI
PEMENANG MENULIS ESEI, TAM DAN MELUKIS POSTER, KOOI

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN & KOKURIKULUM


HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN  SEMINDA TELAH DIADAKAN PADA 22 APRIL 2012. MAJLIS TELAH DIRASMIKAN OLEH TUAN HAJI SHEIKH ARZIMAN B SHEIKH ALI, PENYELARAS DEWAN UNDANGAN NEGERI, LEMBAH JAYA. PELAJAR YANG TELAH MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PEPRIKSAAN AKHIR TAHUN, PMR DAN SPM 2011 TELAH MENERIMA SIJIL DAN HADIAH-HADIAH MASING-MASING.
PADA HARI TERSEBUT JUGA TELAH DIADAKAN HARI KO-KURIKULUM . PELBAGAI AKTIVITI KO-KURIKULUM DIJALANKAN SEPERTI JUALAN GERAI, PERMAINAN , TREASURE HUNT DAN SEBAGAINYA. SEBAHAGIAN BESAR PELAJAR KRK TELAH TERLIBAT SECARA AKTIF DALAM AKTIVITI-AKTIVITI INI.


UCAPAN ALU-ALUAN OLEH PENGETUA, PUAN NORLILAH
UCAPAN PERASMIAN OLEH TUAN HAJI SHEIKH ARZIMAN
SEBAHAGIAN PELAJAR 3 ARIF BERSAMA ANUGERAH MASING-MASING
PERTUNJUKAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
REGU PING PONG 3 ARIF, DANIAL DAN MIKHAIL

Thursday 17 May 2012

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KRK 2012






PENASIHAT
(PENGETUA)
PUAN NORLILAH BINTI ISMAIL




PENGERUSI
(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)
EN. KAMARUDDIN BIN MD NOOR



 


PENYELARAS KRK
PUAN NURSUHANI BINTI AHMAD


GURU 1A, 2A, 3A
GURU SUBJEK