Sempena peperiksaan Percubaan PMR, majlis solat hajat telah diadakan pada 31 Julai 2012 di surau -An Nur. Semua pelajar yang beragama Islam digalakkan menyertai solat hajat ini.
Pada peperiksaan pertengahan tahun yang lepas juga, satu majlis
Solat Hajat telah diadakan di Surau An- Nur SEMINDA, bermula jam 2.00 petang.
Solat hajat bagi pelajar lelaki diadakan pada 7 Mei 2012 manakala bagi pelajar
perempuan pula pada 8 Mei 2012. Semua pelajar KRK yang beragama Islam
digalakkan hadir ke majlis solat hajat ini.
Semoga
segala ilmu yang dipelajari dan usaha yang digemblengkan mendapat keberkatan
daripada ALLAH s.w.t. Ingatlah…pepatah Arab menyatakan …….ILMU TANPA AMAL
IBARAT POHON TANPA BUAH. Panjatkanlah doa
kepada-nya agar mendapat kecemerlangan di dunia dan di akhirat.