Monday, 7 May 2012

SEJARAH KELAS RANCANGAN KHAS SEMINDA




            Kelas Rancangan Khas SMK Bukit Indah (SEMINDA) telah ditubuhkan pada tahun 2010. Seramai 40 orang pelajar yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2009 telah terpilih untuk mengikuti kelas ini.Guru tingkatan yang bertanggungjawab memantau kelas ini ialah Puan Siti wahida Bt Mukhtar.

            Kelas Rancangan Khas ini ditubuhkan bertujuan bagi memberikan peluang kepada pelajar cemerlang UPSR untuk merasai suasana dan kawalan pembelajaran yang mirip kepada sekolah berasrama penuh. Oleh itu, pelajar berpeluang untuk memantapkan kecemerlangan diri dalam bidang akedemik, ko-kurikulum dan sahsiah.

            Pada tahun 2011, KRK telah mempunyai dua kelas iaitu Tingkatan 2 arif seramai 36 orang dan 1 Arif seramai 26 orang. Pada tahun ini pula jumlah pelajar KRK ialah 89 orang, yang terdiri daripada Tingkatan 3 Arif( 36 orang), 2 Arif ( 26 orang) dan 1 Arif ( 27 orang).






OBJEKTIF KELAS RANCANGAN KHAS SEMINDA

Ø  Membentuk pelajar cemerlang dan berketrampilan dalam segenap aspek agar mampu menangani cabaran era kini.

Ø  Meningkatkan kecemerlangan prestasi untuk mendapat keputusan Straight A’s dalam peperiksaan

Ø  Melahirkan pelajar yang aktif dan berketrampilan dalam aktiviti ko-kurikulum.




MISI SEMINDA
Membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti

VISI SEMINDA
Sekolah unggul menjana generasi terbilang menjelang 2015.

MISI KRK SEMINDA
Meningkatkan perkembangan individu merangkumi aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani.

VISI KRK SEMINDA
Pelajar berketrampilan menjana generasi terbilang menjelang 2015.





No comments:

Post a Comment