Thursday 2 August 2012

PROGRAM STRAIGHT A'S - UNTUKMU IBU BAPA TERSAYANG


Pada 21 April 2012, Sabtu, satu program motivasi telah diadakan bagi pelajar Tingkatan 3 dan 5 iaitu PROGRAM STRAIGHT A’S – UNTUKMU IBU BAPA TERSAYANG. Program ini turut melibatkan pelajar KRK 3 Arif. Program ini bertujuan untuk meningkatkan motivasi pelajar serta ibu bapa dalam meningkatkan usaha bagi mencapai kecemerlangan dalam pepriksaan. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh En. Khamsani Bin Kassim, iaitu Penolong Pengarah Kanan, Unit Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Negeri Selangor. Selepas sesi ceramah, ibu bapa berpeluang berbincang dengan guru-guru tingkatan bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak mereka dalam ujian satu yang telah dilaksanakan Mac lepas.


No comments:

Post a Comment