Tuesday 11 December 2012

KURSUS JATI DIRI & MOTIVASI 2012

Kursus Jati Diri & Motivasi KRK 2012 telah diadakan pada 8 September 2012 bertempat di Hutan Lipur Sungai Congkak. Kursus ini telah disertai oleh 73 orang pelajar KRK dan KAA. Program ini diadakan dengan kerjasama SMK Bukit Indah dan Awana Unggul Management & Motivation. Objektif program ini adalah bagi memupuk keyakinan diri dalam diri pelajar, meningkatkat motivasi dan melahirkan pelajar yang berketrampilan dari segi sahsiah dan intelektual. antara program yang dijalankan adalah sesi ceramah, brainstorming, solat jemaah dan latihan dalam kumpulan. Walaubagaimanapun, aktiviti fizikal tidak dapat diajalankan disebabkan oleh cuaca yang hujan sepanjang hari.  Program ini tamat pada jam 5.30 petang











No comments:

Post a Comment