Tuesday 11 December 2012

PROJEK ALAM SEKITAR

Sempena Minggu Alam Sekitar, Kelas 1 Arif telah mengadakan satu projek menghijaukan bumi di mana mereka telah menanam pokok di sekitar kawasan sekolah. Projek ini bukan sahaja dapat memupuk kesedaran cintakan alam sekitar malahan telah dapat menyemai rasa tanggungjawab dalam diri setiap pelajar. Pelajar bukan sahaja ditugaskan untuk menanam pokok-pokok ini malahan mereka juga bertanggungjawab ubntuk memastikan pokok-pokok ini hidup subur dan terhindar dari serangan penyakit dan serangga.Guru geografi 1 Arif, Cik Ema Rozaini berperanan sebagai mentor dalam projek ini dan memastikan semua pelajar menjalankan tanggungjawab mereka...GO GREEN SEMINDA..


No comments:

Post a Comment